Monday, October 12, 2009

zaman lalu masa kini

dah 23 tahun berkhidmat di muzium dan dah bertambah tua di sini,dari buta IT ke kabur IT dan hingga kini masih rabun jarak dekat serta jauh. Masa belajar hingga masuk universiti tak pernah sentuh komputer bila masuk kerja baru merasa berkenalan dengan komputer. Mula lah bertatih belajar menaip dalam komputer walau lebih kerap guna taipwritter. Dah dua tahun kerja baru merasa dapat komputer sendiri jenama Amiga untuk kerja kerja grafik. Tergagap-gagap belajar melalui manual yang ada,banyak buat 'cuba dan salah' sebab belajar tanpa guru. Alhamdullilah hingga kina walau masih rabun tapi boleh diberi kekuatan untuk terus belajar menggunakan komputer.

di lahir di zaman tak kenal apa itu IT tapi hidup di masa kini yang penuh dengan teknologi dan kita tidak boleh ditinggalkan di belakang. Muzium banyak mengajar aku erti kehidupan,persahabatan,pekerjaan,politik dan pelbagai lagi rencah yang adakala manis,masin,masam,pahit seta pelbagai lagi rasa. Dengan ujud nya blog sekolah gambar ni maka aku dan rakan-rakan otai di muzium akan merakamkan kenangan masa lalu dan masa kini akan perkembanagn kami di sini. Sepanjang jalan kenangan ini di harap akan mengimbau kembali kenangan kami bersama dan berkongsi pengalaman dan bertukar fikiran demi kemajuan bersama,insaalah.

selamat membaca
'Muzium pemelihara khazah budaya bangsa'

No comments:

Post a Comment