
kenangan rakaman usia ku 47 tahun
17 hours ago






lawatan Queen Elizabeth ke Negeri Selangor pada tahun 1988 tidak secara lansung telah melibatkan kumpulan kesenian muzium sebagai penyambut tetamu. Maka semua anak-anak dara yang ada di muzium telah di kerah menjadi pembawa tepak sireh dan penabur bunga mawar di sepanjang karpet merah. Bejemur lah mereka di jeti Pelabuhan Klang menunggu ketibaan Baginda Queen sehingga sampai. Masa sini serenok sahaja lah mereka buat kerja ni kalau sekarang mahu ambil mc melarikan diri.
ini adalah otai-otai muzium,dari kiri Pn Nazra Mohd Yusof, Mohd Asruddin Selamat, Khalid Ashwali Jamaluddin, Mohamad Aris Sahid, Pn Siti Khadijah Abd Aziz, Azmin Sulaiman, Pn Rohana Sayadi dan Pn Rosiah Mohd Tap.
logo Lembaga Muzium Selangor ini akan menjadi kenangan dan sejarah kerana kini Lembaga Muzium Selangor di kenali sebagai Perbadanan Adat Melayu dan Warisan Negeri Selangor. Logo ini telah di cipta oleh Encik Naim bin Ahmad yang bekerja sebagai peraka grafik di Dewan Bahasa dan Pustaka. Logo telah dipilih dari beratus logo yang diterima melalui pertandingan dan logo ini telah digunakan secara rasmi pada tahun 1988 dan telah di lancarkan oleh YAB Menteri Besar Selangor pada ketika itu ,YAB Tan Sri Muhamad bin Mohd Taib.
Dari kiri Azni, Sapiah,Aisah,Rosiah,Kamaruddin,Wan Faezah,Rohana dan Laila. Kat depan tu Anita Tuarno ( gambar di plagiat dari Dekni blogspot )
dah 23 tahun berkhidmat di muzium dan dah bertambah tua di sini,dari buta IT ke kabur IT dan hingga kini masih rabun jarak dekat serta jauh. Masa belajar hingga masuk universiti tak pernah sentuh komputer bila masuk kerja baru merasa berkenalan dengan komputer. Mula lah bertatih belajar menaip dalam komputer walau lebih kerap guna taipwritter. Dah dua tahun kerja baru merasa dapat komputer sendiri jenama Amiga untuk kerja kerja grafik. Tergagap-gagap belajar melalui manual yang ada,banyak buat 'cuba dan salah' sebab belajar tanpa guru. Alhamdullilah hingga kina walau masih rabun tapi boleh diberi kekuatan untuk terus belajar menggunakan komputer.