
Wednesday, October 21, 2009
Tuesday, October 20, 2009
Queen Elizabeth








Thursday, October 15, 2009
otai

gambar di ambil selepas majlis malam jasamu di kenang sempena sambutan ke 10 Muzium Sultan Alam Shah pada september 1999. Otai-otai muzium ni sudah berkhidmat lebih 10 tahun kerana mereka mula masuk muzium dalam tahun 1986/87,dan di anugerahkan sijil serta seutas rantai leher emas berlogokan muzium. Anugerah telah di sampaikan oleh DYMM Raja Muda Selangor di Dewan Benquet MBSA. Mereka ni semua masih berkhidmat dengan muzium hingga kini cuma sayangnya pada tahun ini tidak di adakan sambutan ke 20 muzium. Kalau tidak mahu dapat anugerah kereta BMW sorang sebuah. Semoga panjang umur semua dan selamat berpencen di muzium kerana kita semua telah di anugerahkan staf antik...he2...
Tuesday, October 13, 2009
logo

******
sempena penubuhan Perbadanan Adat Melayu dan Warisan Selangor ( PAMWNS )maka satu pertandingan mencipta logo telah di adakan seperti kenyataan berikut
atau layarilah
http://www.lms.gov.my
PERTANDINGAN MENCIPTA LOGOPERBADANAN ADAT MELAYU DAN WARISAN NEGERI SELANGOR (PAMWNS)
PENYERTAANPenyertaan pertandingan ini adalah terbuka kepada kepada semua warganegara Malaysia yang berumur 18 tahun ke atas. Objektif pertandingan ini adalah untuk memilih satu logo bagi Perbadanan Adat Melayu dan Warisan Negeri Selangor (PAMWNS). Penyertaan adalah percuma.
TARIKH TUTUP PENYERTAAN16 November, 2009 (Isnin)
HADIAH PERTANDINGAN
i. Pemenang akan dimaklumkan secara bertulis.
ii. Pemenang hanya layak menerima satu hadiah sahaja.
iii. Hanya satu reka bentuk logo sahaja akan dipilih untuk pertandingan ini.
iv. Pemenang utama akan menerima wang tunai RM10,000.00, beserta cenderamata dan sijil penghargaan.
v. Sepuluh (10) pemenang saguhati akan menerima hadiah bernilai RM500.00, beserta cenderamata dan sijil penghargaan.
*****
jika rasa ada bakat dan nak rasa duit banyak masuklah pertandingan ni....
selamat mencuba dan selamat berjaya
pop yehyeh

yang tinggal dan masih kerja dengan muzium adalah Rosiah,Rohana dan Anita sahaja yang lain telah membawa diri masing-masing...
**********
staf muzium berpesta pop yeh yeh di malam mesra sempana meraikan kejayaan pembukaan Muzium Sultan Alam Shah pada 2.9.89 oleh DYMM Sultan Selangor. Atas kejayaan itu pihak Lembaga telah mengizinkan staf mengadakan malam mesra ini dan setiap staf bahagian di kehendaki membuat persembahan. Pelbagai ragam dan gaya yang di tonjolkan oleh staf yang gila-gila dan kerjasama yang di berikan amat tinggi. Majlis yang di jangka habis jam 11 malam berlarutan hingga jam 1 pagi,ya la budak budak sekolah memang macam tu...ahak2.
Monday, October 12, 2009
zaman lalu masa kini

di lahir di zaman tak kenal apa itu IT tapi hidup di masa kini yang penuh dengan teknologi dan kita tidak boleh ditinggalkan di belakang. Muzium banyak mengajar aku erti kehidupan,persahabatan,pekerjaan,politik dan pelbagai lagi rencah yang adakala manis,masin,masam,pahit seta pelbagai lagi rasa. Dengan ujud nya blog sekolah gambar ni maka aku dan rakan-rakan otai di muzium akan merakamkan kenangan masa lalu dan masa kini akan perkembanagn kami di sini. Sepanjang jalan kenangan ini di harap akan mengimbau kembali kenangan kami bersama dan berkongsi pengalaman dan bertukar fikiran demi kemajuan bersama,insaalah.
selamat membaca
'Muzium pemelihara khazah budaya bangsa'
Subscribe to:
Posts (Atom)